Feb
27
    
Posted (admin) in Directions on February-27-2008

Ok, aku dah siap path google earth yang korang bleh download untuk Tgk path ke rumah kenduri tu nanti.

Sedikit instruction:

  1. Download Google Earth .
    • Ya… Kena download dulu application google earth nih baru bleh tgk gambar cantek-cantek mcm dalam screenshot tu..
  2. Download file aku nih > My.kmz < Letak kat destop, pastu….
  3. Click
    Click file My.kmz
  4. Google earth akan load. Kalau komputer ko tu dari zaman tok kadok yang guna disket besar 5.25 tu.. Kena aa tunggu lama sket. Komputer moden nih. Tak lama sgt tapi part dia load 3D engine dia tu kekadang lambat skit. So sabar skit aa.
  5. Ok. Kat kiri tu.. Ada aa list Places tu. Benda aku tu ada kat “temporary places”
    Kat kiri nih
  6. Dalam tu ada dua folder “landmarks” & “paths”
  7. Dalam landmarks tu ada tanda-tanda landmark. Contoh kalau aku nampak surau situ. Aku bubuh aa satu pin situ.

    Landmarks
  8. Pastu path adalah jalan tu la.. Kalau ikut path tu la dapat sampai ke rumah kenduri.
    Paths
  9. Itu jer la.

Kalau tak jumpa jugak. Call jer aku.



 
Feb
23
    
Posted (admin) in Directions on February-23-2008

Ha? Apa? Tak reti Jalan ke rumah kenduri? Nak aku lukis map?

Tak yah aa… Ko tau ko cakap ngan sapa nih? Aku ketua jabatan IT dan hal ehwal komputer untuk custompicture .. Tolong skit.. Apa kelas main lukis2? Sekarang zaman moden kan? Ada technology. So apa susah..

Kan ada Google Earth ..

Aku akan menyedia kan  instruction untuk ke rumah kenduri berserta dengan tanda-tanda landmark ditempat-tempat yang sesuai supaya dapat datang tanpa sesat. Dari KL? Boleh.. Dari MRR2? Dari LDP? Dari Hulu Yam? Pun boleh.. Janji reti tgk gambar dan tak buta huruf…

Google earth membawa ku pulang
Google earth membawa ku pulang

 

 Tapi.. eheheh ;)) skrg tak siap lagi… nanti dah siap baru aku upload kan semua path dia.. Ehehe….



 
Feb
22
    
Posted (admin) in Ana on February-22-2008

Inilah Ana. Muahhh!! Love..Kalau sapa nak tau, inilah Ana. Bakal (ehem ehem) bini aku. Ana nih seorang yang pemalu, kalau aku bawak jumpa member-member aku, dia dia tergedik-gedik malu. Sengih-sengih, tak bercakap byk. Tapi jangan disangka air yang tenang tiada buaya, dia nih kuat macam Anaconda. Sekali dia sekeh. Benjol kepala aku.Dia nih sangat rajin. Hari-hari dia bekerja dari pagi samapi malam.. Huhu.. Kesian dia.. Penat tu.. Dari pagi sampai la mala, tiap-tiap hari pulak tu, dia bekerja kat KFC.Selalu dia balik penat-penat.

Erm, satu lagi pasal ana nih ialah dia nih pandai masak. Erm.. nyam nyam.. Lasksa dia.. perghh… memang boleh kawin pasal laksa tu sajer aa.. Pastu nasik ayam pun best. Memang menantu pilihan hati lah pendek katanya. Banyak lagi yang boleh dikatakan pasal Ana nih, tapi aku tak pandai aa nak karang pajang-panjang. Tapi apapa pun. Aku sayang Ana!!!

 

Ana ngan baju kerja
Ana ngan baju kerja

 

 

Biodata

Nama: Nuzuhana Binti Mamat

Tarikh lahir: 11/3/1984

Warna kegemaran: Biru

Laki kegemaran: Aku ler tu.. heheh.. :D



 
Feb
17
    
Posted (admin) in Invitation on February-17-2008

Kad kawin aku

 Yay!! AKu nak kawin dah!!!! Untuk semua member-member aku. Aku dengan ini menjemput korang datang kenduri kawin aku. Sila la tgk kad kawin aku nih. Sapa nak kad kawin sila la call aku.

Bahagian dalam kad
Bahagian dalam kad by raksasa paan, on Flickr


Peta kat kelantan
Peta kat kelantan by raksasa paan, on Flickr

Peta rumah kat puncak jalil
Peta rumah kat puncak jalil by raksasa paan, on Flickr

Bahagian Luar kad
Bahagian Luar kad by raksasa paan, on Flickr